Assalammualaikum..salam sejahtera semua..apa khabar anda hari ini?harap baik2 selalu bersama keluarga tersayang..sudah semestinya kan..baiklah..topik yang saya nak kongsi dengan anda hari ini.berkaitan rapat dengan kehidupan kita..lebih2 lagi time cuti2 sekolah...time inilah..kejadian ini akan berlaku..kampung sebelah ada...anak jiran pun ada..apa benda itu..nikah...ye..kahwin...betul..time cuti ini lah..semua orang nak bernikah..termasuk lah abang saya sendiri.aha.tinggal lah saya seorang lelaki bujang dirumah itu..haiya..haha.time cuti ini..lebih2 bulan baik ini..bulah hijrah....time musim haji ini..time inilah..orang ramai langsungkan majlis penikahan..hampir setiap hari time cuti .kita makan free...isteri2 dan mak2 dkt rumah..boleh rehat ,..x payah masak....ada makanan free...tajuk perkahwinan ini pada asalnya..memang tidak layak untuk saya mengupas nya..saya belum lagi bernikah...tetapi berpandukan ilmu yang saya perolehi daripada ustaz...daripda pakar2 motivasi..pakar2 hal rumah tangga, saya kupas tajuk ini..sesuai dengan ilmu yang saya ada..sebagai pengkongsiaan ilmu...saya ini belum berkahwin tetapi ilmu itu..adalah sedikit...sedikit jer...x banyak..
Baiklah...kita mulakan kupaskan kita..
Perlu x berkahwin ini?
Ramai orang bertanya soalan yang tak betul ini..tapi ada juga yang terlintas fikiran mereka...maklumlah, kahwin ini bukan kerja menyenangkan..macam2 benda na diuruskan ...lebih2 si lelaki..banyak duit nak dikeluarkan dari poketnya..Kalau kita melihat dari segi zahirlah dan lumrah nya manusia ini, lumrahnya..si lelaki tertarik dengan si perempuan, si perempuan juga tertarik dengan si lelaki..kalau tertarik, tengok dari jauh jer tak apa..ini..mesti berniat nak dipeluknya, nak disayang nya..kerana lumrah itulah...bagi menghalalkan perkara haram tersebut, kita disarankan untuk bernikah....
Mari saya cerita kepada anda sebuah cerita cinta pertama di antara lelaki dan perempuan..cerita yang lebih hebat daripada romeo dan juliet...manusia pertama yang dicipta adalah Nabi Adam a.s..Nabi Adam ditempatkan disyurga dan sudah semestinya apabila berada di syurga, sudah pasti keindahan serta kenikmatannya tidak terhingga..tetapi...berada di kenikmatan tersebut, Nabi adam berasa sangat sunyi..bagi mengubat kesunyian tersebut, Allah S.w.t mencipta Hawa daripada tanah dan tulang rusuk Nabi Adam a.s. Sejak kehadiran Hawa di syurga, kehidupan Nabi adam penuh ceria dan tidak lagi merasakan kesunyian. Daripada kisah benar tersebut, kita dapat menyatakan bahawa lelaki dan perempuan dicipta untuk melengkapi satu sama lain..Si lelaki dicipta untuk melindungi wanita, dan si perempuan di cipta untuk mengubat kesunyian si lelaki. Selain itu, kita ketahuai bahawa perempuan ini dicipta daripada tulang rusuk.
Kenapa dipilih daripada tulang rusuk? kerana ini menunjukkan bahawa perempuan ini berada ditengah2 tempat nya pada lelaki, dekat dihati, bukan dikaki untuk dipijak, bukan dikepala untuk diturut..perlu faham konsep tersebut.
Masalah nak berkahwin..
kalau kita tanya kepada orang kenapa tak nak kahwin..jawapan yang biasa mereka nyatakan..
yang paling popular adalah..... Kahwin susah lah, duit tak ada...dah lah mahal mas kahwin..tu..mak dia tetapkan.wang hantaran Rm999999999...dia ingat anak dia tu..miss of the world ke..
Ini yang menjadi masalah. tak cukup modal..macam bisnes juga..tak ada modal.tak dapat buka niaga..Kita perlu tahu terutama kepada pihak pengantin perempuan, ibubapa, perempuan itu sendiri, jangan lah terlalu lampau nak tetapkan wang hantaran sehingga di jauh kemampuan pihak lelaki..kahwin ini benda baik, perkara yang disukai oleh Allah s.w.t dan dibenci oleh syaitan..ada ulama menyatakan apabila majlis perkahwinan berlangsung, menangis2 syaitan,meronta2..kerana apa?sebab x ada point dia nak suruh mereka bermaksiat..habis peluang dia.kita perlu tahu bahawa benda baik , benda mulia ini. kita kena usahakan dalam keadaan yang baik dan tidak membebankan diri masing.masing..bayangkan kalau ditetapkan wang hantaran melebihi daripada kemampuan si lelaki. kalau si lelaki itu bagus, dia akan usahakan,bagaimana?meminjam,berhutang. nak ke pihak si perempuan, apabila selepas berkahwin nanti. dikejar oleh along yang memang bukan nak menolong. 10 tahun berkahwin, anak dah berbaris macam skuad bola sepak, hutang masih belum habis lagi..nak ke masa depan rumahtangga anak anda begitu?
itu kalau pihak lelaki baik, kalau jenis yang tak baik.bagaimana caranya?..ah..kalau makbapak kamu nak kan hantaran tinggi, kita couple jer lah..safe bajet,duit yang saya safe kita guna untuk check in ke apa ke..macam mana kalau terjadi perkara ini?..syaitan pada mulanya menangis, kini gembira tersangat2..orang yang hendak melangsungkan perkahwinan secara halal, terjerebak di alam maksiat sebab tak dapat berkahwin, nanti ada anak luar nikah, siapa yang malu?pada mulanya ibubapa rasa malu kalau nikah sederhana, tak dapat lawan majlis nikah anak jiran, sekarang, lebih malu jika anak mereka mengandung anak luar nikah..kalau yang jenis macam itu, kalau ada yang jenis yang memang keras kepala, mereka kahwin lari..lagi senang..bagaimana ibubapa?adakah terfikir anda semua ini?..jadi,,saya sini menasihati para ibubapa,atau bakal pengantin perempuan, jangan terlampau tinggi hantaran anda.cukup sekadar syarat, hantaran itu umpama nilai perempuan tersebut...hantaran anak Rasulullah s.a.w adalah sepotong ayat al-quran ..ayat al-quran nilainya adalah lebih daripada wang..jadi tidak salah kalau hantaran adalah senaskah al-quran seperti dilakukan di indonesia..
tetapi,pihak lelaki juga sediakan lah wang yang mencukupi juga, jangan kerana alasan di atas, mereka tidak nak memberikan wang walau mampu. simpanlah wang kalau nak meminang anak orang.baru orang ada yakin dengan kita mampu menyara kehidupan berumahtangga...sediakan duit yang secukupnya..cukup mengikut taraf ..cukup untuk si isteri..cukup untuk majlis..
Majlis Perkahwinan...
Sekarang kita lihat banyak majlis2 perkahwinan dilangsungkan..pelbagai2 aktiviti diadakan...kita perlu ingat...niat kita adalah untuk mendirikan masjid adalah niat yang baik..kita kena tapis supaya niat baik kita tidak tercemar benda yang sia2.dengan aspek yang tidak perlu pun di adakah..karoeke,nyanyi.bernari..minum sampai ke pagi.semua ini tidak perlu..dan ada juga yang mengadakan majlis besar2 besaran ..memang kita melakukan perkahwinan wajib ada majlisnya supaya orang tahu bahawa mereka sudah berkahwin dan tidak timbul fitnah.tetapi lakukan dengan keadaan yang baik dan tidak melampau2..tidak membazir..secukup2 dan bersederhana..ianya lebih baik....majlis bersanding...ini yang menjadi masalah tetapi tidak nampak macam masalah..ketika bersanding, si perempuan berhias bukan main lagi eh..baju 2 3 kali bertukar2..perlu ketahuai terutama si suami, si isteri itu adalah tanggungjawab kamu sekarang..aurat dia kena jaga....hukum dia berhias terlampau didepan orang ramai adalah haram..dan si suami turut akan dikenakan dosa..padan muka..baru first day jadi suami.terus kena dosa..belum lagi bertahun2 berkahwin.jaga aurat, kalau nak bersanding, nak berhias, biarlah yang menyaksikan hanya orang2 yang bergelar saudara seperti ibubapa, abg2.kakak orang2 yang muhram bagi si perempuan ..bukan orang ramai...ditangkap gambar,diletak dalam suratkhabar..berdosa...harus ketahuai itu...
Setakat itu perkongsian saya berkaitan perkahwinan ini.saya lebih menyentuh bab majlis perkahwinan.ini hanyalah ringkasan.kalau dipanjangkan pembaca mungkin bosan membaca blog,insya-allah, buku berkaitan ini akan diterbitkan.saya perlukan sokongan anda semua..jika ada tersilap kata dan maklumat saya, sila komen dan beritahu pada saya dan saya minta maaf.jika anda mempunyai makluamat daripada ustaz2..boleh kongsi bersama dengan saya..ok?..sekian,terima kasih
1 ulasan:
kawen lah kaw hairol ! cerita bab kawen trus
Catat Ulasan