1) Memupuk semangat kasih dan sayang.
Nama pun laman sosial jadi sudah semestinya ianya berkaitan rapat dengan sosial. Oleh itu , saya mengatakan bahawa facebook ini mampu memupuk semangat kasih dan sayang bukan dari sudut yang salah seperti couple dan sebagainya..tetapi hubungan yang saya katakan adalah berbentuk kekeluargaan dan persahabatan. Perhubungan yang mulia dan baik. Sifat manusia ini mempunyai sifat malu, kalau yang tidak mempunyai sifat malu, maka dia bukan lah manusia tetapi robot atau perkara yang tidak bernyawa. Manusia ini sering malu untuk mengucapkan kata-kata indah kepada kekeluargan mereka seperti bapa, ibu atau selainnya..betul tak betul?..jarang kita lihat anak-anak beromantik dengan ibubapa, bermesra dengan abang atau kakak...kalau ada pun, hanya masa-masa tertentu..dengan wujud laman ini, kita lihatlah di wall rakan-rakan kita di facebook..hampir setiap detik mereka mengucapkan kata-kata indah seperti ..miss you daddy..miss you mama...rindu ktk mak...cayang bapa ku...walaupun ibubapa mereka tidak ada pun laman sosial ini tetapi dengan meluahkan kata-kata itu di wall atau sebagainya,,ianya mungkin pada mulanya merupakan satu kata-kata sahaja tetapi sedikit sebanyak ianya memberi kesan pada hati kita..kita tulis iaitu taip,kita lihat, kita baca..3 langkah tersebut adalah langkah mengingat dan dengan langkah tersebut hati kita akan tersemai rasa sayang, rasa rindu pada ayah dan ibu kita dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar..orang yang baca wall kita pun terasa akan rindu dan sayang itu dalam mereka tidak sedar..ini lah kebaikan facebook ini..biar orang kata.."tipu jer tuuu,...saje nak tunjuk"..biar kan kata mereka tetapi hati dan perasaan hanya kita yang tahu...silaturahim di antara kita dengan ibubapa mampu dijalinkan dengan baik dari pembinaan hati terhadap kasih dan sayang terhadap mereka..
2) Menyatukan orang di antara tidak kenal kepada kenal,kenal kepada rapat.
Kita lihat kalau kita ke pasar, terserempak dengan mana-mana orang. bagaimana keadaan kita?..Ada tak yang tertiba jer bagi salam,tanya khbar...tanya masalah...kalau ada yang jumpa orang begini, memang orang itu , ada yang tak betul..antara otak dia diserang virus atau suis dia terputus...dan kalau jumpa orang begitu, adakah anda akan menjawab?..memang anda akan menjawab,,menjawab dengan penampar tak pun payung di tangan..inilah dia facebook..orang yang kita tidak kenal,tak tahu pun siapa dia..anak siapa..hati budi dia macam mana..tetapi berbual di chat ataupun wall..macam jiran sebelah rumah..atau macam sudah kenal sejak dari kecil..segala benda dicerita, ditanya pendapat..dan macam-macam lagi..ini dia kelebihan facebook..perpaduan serta keeratan mampu terjalin..bukan dari sudut couple atau pasangan..tetapi sebagai kawan baik..sebagai sahabat....itu bagi yang tidak kenal..bagi yang sudah kenal..seperti sama sekolah, sama tumpang van.jiran rumah ke..di depan mata, bertempuh bahu pun tidak bertegur tetapi di facebook ini..hubungan mereka semakin rapat ..makin menjadi sahabat terbaik..rakan baik...inilah dia magik facebook ini...
kalau hendak dihuraikan lebih panjang..banyak lagi hendak dibebelkan saya..dan ada beberapa lagi kebaikan facebook ini seperti penjimatan promosi perniagaan, medan perkongsian ilmu, dan sebagainya..namun, saya rasa setakat ini untuk kali ini..lain kali saya akan kupas lagi..terima kasih sudi membaca rencana saya yang berbentuk bebas ini ...sebarang komen boleh ajukan untuk peingatan kepada saya manusia biasa..sekian terima kasih..peace
Tiada ulasan:
Catat Ulasan