Rabu, 30 November 2011

Pilih satu antara empat

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada sidang pembaca sekalian,
Perkongsian yang saya hendak kongsi hari ini adalah...pilih satu antara empat..tentu anda hairan apa agaknya perkara tersebut...pilih satu antara empat..lain macam jer bunyinya kan..apa yang saya hendak utarakan disini adalah...empat sebab atau ciri yang ada pada pasangan kita untuk bersama kita..ini adalah mengikut daripada Nabi Muhammad s.a.w..lelaki dan perempuan boleh mengikuti sebab dan ciri ini...sah anda berkahwin jika anda memilih pasangan anda di antara sebab tersebut..sebab ini biasanya untuk si lelaki melihat si perempuan..tetapi..si perempuan juga boleh menilai si lelaki mereka adakah mempunyai ciri-ciri tersebut...


Sebab pertama kerana keturunan

Ada yang bekahwin dengan seseorang itu kerana keturunan nya...Sah..walaupun tidak ada cinta ataupun perasaan sayang di antara mereka..ada dikalangan kita manusia yang menjaga keturunan mereka..seperti keturunan syed, dayang,abang..tuan,,raja dan sebagainya...ini pada kebiasanya dipilih oleh ibu bapa..bagi menjaga keturunan mereka...supaya gelaran dan keturunan mereka sentiasa segar di muka bumi ini..kalau berkahwin tanpa mengikut keturunan..keturunan mereka akan terhenti...terutama bagi perempuan..contohnya keturunan dayang..kalau kahwin dengan keturunan bukan berbangsa abang..keturunan nya akan terhenti disitu..tiada lagi anaknya memakai gelaran abang atau dayang atau syarifah...selain keturunan ini juga membawa maksud  keturunan yang banyak anak...kita berkahwin ini mestilah untuk menambahkan keturunan kita..jika memilih pasangan yang mempunyai latar belakang banyak anak..insya allah..anda juga akan dikurniakan rezeki keturunan yang banyak..

Sebab seterusnya adalah harta
Ada diantara kita memilih pasangan kerana harta nya..tidak kisahlah..lelaki ke perempuan..sah bekahwin kerana harta nya..walaupun pada zaman sekarang ini ianya dikatakan berniat salah tetapi jika kerana harta nya,tidak semestinya berniat jahat..mungkin dengan adanya hartanya, kita boleh beribadat dengan lebih baik..lebih banyak sedekah dan digunakan dijalan Allah s.w.t..walaupun rupanya tiada...harta dia ada..wajahnya kelihatan berseri pada kita..si lelaki memilih si perempuan kerana hartanya..tidak menjadi masalah...walaupun seumpama seperti gigolo atau makan duit isteri..ianya tanggapan negeatif..kita kahwin cara baik kan..walaupun sebab hartanya..

Sebab seterusnya adalah rupa
Ini memang ciri yang terkenal yang dijadikan landasan kepada kita mencari pasangan sehingga terlupa akan ciri keempat yang bakal diutarakan nanti..rupanya manis..cantik..menawan hati..si perempuan berkehendakan si lelaki yang kacak..si lelaki berkehendakan si perempuan yang cantik...ini adalah lumrah manusia..suka kan benda yang indah...inginkan benda yang indah..dan Allah s.w.t.juga menyukai benda-benda yang indah belaka...manusia di dunia ini semuanya unik dan cantik..tidak elok bagi kita menyatakan sesuatu yang buruk terhadap rupa paras seseorang itu kerana ianya ciptaan Allah s.w.t ..walaupun mungkin rupanya agak pelik sedikit..ianya memiliki kecantikan yang lain..seperti hati dan tingkah lakunya..ianya adalah lebih baik daripada kecantikan luaran...

Sebab seterusnya adalah agama
Ini adalah ciri yang paling hebat sebenarnya..tanpa rupa,tanpa keturunan,tanpa harta..agama dia ada,,itulah pilihan yang terbaik untuk kita..Nabi s.a.w bersabda jika si lelaki memilih si perempuan yang mempunyai agamanya,walaupun tiada harta, tiada rupa...ianya dapat meringankan tangannya....meringankan tangan di sini membawa maksud..tidak perlu banyak perkara hendak ditegur...kerana apa?kerana dia mempunyai agama..dia tahu apa yang dia perlu buat..tak perlu buat..cara menjaga suaminya..cara menjaga rumahnya jika tiada suaminya...ini adalah terbaik bagi segalanya...dengan adanya agama..dia dapat mengajar anak2..dan jika si suami pun bebal tak reti membaca al-quran...si isteri boleh ajar...tetapi ingat..laki-laki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..jika hendak isteri yang baik,kita sendiri kena baik dulu...

oklah sidang pembaca..renungkan2 lah apa yang saya tuliskan seringkas ini...jika mampu memjumpai keempat2 pakej ini dalam seorang wanita..memang ianya adalah bertuah bagi kita..termasuk juga si wanita..jika memjumpai si lelaki yang mempunyai empat2 pakej..memang sudah beruntung..tetapi jika ada salah satu sudah mencukupi...sekian..terima kasih..peace..
hantarkan komen dan ulasan anda kepada saya dibawah...bagi membaiki kesilapan pada saya manusia biasa..yang baik daripada Allah s.w.t..yang kurang daripada saya manusia biasa..

Tiada ulasan: