Sabtu, 18 Februari 2012

Debaran 2012

Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sidang pembaca sekalian,
Sudah lama juga saya tidak mengemas kini bloq sang pemerhati akibat kesibukan dunia yang harus dihadapi..kadang kala juga, apabila mempunyai masa ruang, saya tidak dapat juga mengemas kini kerana pelbagai masalah..tapi alhamdulilah.saya dapat mengemas kini  pada hari ini..

Pelbagai Cerita yang telah berlaku pada masa kini yang dapat kita perhatikan...saya pada tahun yang baru ini..ingin mengupas serba sedikit berkaitan tahun ini.tahun 2012..dulu, semasa tahun 2011..ramai di antara kita berdebar-debar apabila mendengar akan tahun yang "panas" ini..tahun 2012..tahun 2012 ini..tahun yang boleh disenaraikan sebagai tahun yang paling popular di antara tahun-tahun lain. Dulu,sebelum tahun 2000, tahun 2000 yang popular..kerana angka nya..sebab..sebelum tersebut..tahun bernombor satu..iaitu..1999, 1989..1970..dunia pernah jadi kelam kabut kerana angka 2 tersebut..ramai yang menyatakan masalah bakal datang hanya kerana angka dua tersebut...Ini adalah kerana apabila peubahan dua tersebut, orang ramai menyatakan segala perkara terpaksa diformat kembali bagi mengatur tarikh kembali..banyak perkara terpaksa di atur kembali kerana perubahan angka tersebut..namun, alhamdulilah..tiada masalah yang datang..dengan kehadiran pertukaran tersebut..

Kembali balik kepada tahun 2012...tahun yang sangat terkenal dan menarik perhatian orang ramai ..kerana apa?..ini adalah kerana ramalan para ahli astromonik yang menyatakan bahawa terdapat satu metro yang mempunyai saiz yang boleh menghancurkan bumi sedang menuju ke arah bumi..mengikut pengiraan mereka..perkara tersebut bakal terjadi pada tahun 2012..ini menyebabkan orang ramai menyatakan bahawa..kiamat adalah jatuh pada tahun 2012..

Kiamat atau hari akhirat...merupakan satu detik yang dikatakan oleh Allah taala adalah PASTI tiba ..dan semasa hari tersebut..semua yang ada pada dunia ini..akan hancur dan musnah..semua manusia akan mati..dunia yang kita tinggal bakal menjadi satu padang yang sangat  luas dan lapang iaitu padang Masyar..manusia bagaimana pun..bila tiba masa tersebut..akan mati..dikatakan..orang yang sedang makan.jatuh mati mengejut..anak yang di dalam kandungan..terkeluar dari perut dan mati bersama ibunya..tiada yang terselamat pada masa tersebut...keadaan semasa tersebut sangat teruk dan menyeksakan..namun..terdapat ulasan ulama menyatakan sebelum tiba masa tersebut, orang yang alim, ulama..akan meninggal dunia terlebih dahulu..ada yang menyatakan bagaikan asap menyapu semua orang yang alim supaya terselamat daripada bencana tersebut..yang tinggal hanyalah orang-orang kafir dan musuh-musuh islam..

Begitulah yang dikatakan jika dikaitkan dengan kiamat..pendek katanya..bila kiamat...semua orang akan dimatikan..dan segala yang ada di dunia hancur..persoalan nya..adakah betul ramalan tersebut??

Kerana ramalan yang dilakukan oleh pihak tertentu tersebut menyebabkan dunia berada di dalam kekecohan..Semua orang menjadi kelam kabut dan ketakutan..tidak terkecuali yang mencari rezeki daripada perkara tersebut seperti menerbitkan filem berkaitan hari kiamat pada tahun 2012..Terdapat juga yang golongan yang menyediakan persiapan bagi menghadapi hari tersebut..seperti menyediakan rumah di bawah tanah..terdapat hotel dan rumah yang mempunyai kelas tinggi..siapa yang mempunyai duit yang banyak ..boleh  membeli rumah tersebut..Terdapat juga ahli sains dunia yang terlampau bijak..hendak mencipta satu alat yang boleh mengalih lokasi bumi supaya tidak terkena batu tersebut..mereka hendak mencipta enjin yang berkuasa besar...mengalih paksi bumi ini..hebat..memang hebat..tetapi..kalau mereka buat pun perkara tersebut.contohnya rumah bawah tanah..bukan kah metro tersebut melanggar bumi..jadi..bumi pecah lah..mana ada tanah nak di diamkan..kalau nak alih paksi bumi...yang saya belajar semasa kecil dulu dalam kelas sains..teralih walau sedikit paksi bumi, bumi akan mengalami gegaran dan bakal terhanyut di glaksi..dalam kata lain..kita akan merasakan bagai kapal di laut terbalik.pendek kata..tetap mati..

walau bagaimana pun cara orang yang bijak pandai ini hendak mengelakkan diri daripada maut..tetapi pembaca sekalian perlu tahu apa itu kiamat sebenarnya..bila kiamat...datang sahaja kiamat..kamu nak buat apa sekalian pun..nak lari ke..nak sembunyi ke..mati tetap mati..ianya penyakit yang tiada yang dapat halang kalau ianya tiba..buatlah macam sekalian pun anda menjaga kesihatan..atau langkah memjangkan umur..bila ajal datang..ianya akan datang tepat pada masanya..

Sidang pembaca sekalian..sebagai umat islam..yang berpandukan Al-quran dan hadis..hari kiamat merupakan tarikh yang hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuai bila ianya akan tiba..ianya merupakan urusan dan rahsia Allah Taala..Rasulullah s.a.w menyatakan.masa hari kiamat adalah cuma berjarak 2 jari baginda sahaja..dan tidak tahu masa nya...jadi..pendek katanya..masa kiamat tersebut adalah dekat kepada kita..ianya semakin hari semakin hampir pada kita..dan hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuai..Allah Taala merahsiakan tarikhnya supaya kita sentiasa bersiap sedia menghadapinya..bukan menghadapi untuk mengelak..tetapi bersedia dengan amalan yang hanya satu-satunya bekalan yang kita akan ada...bagi orang islam mempercayai tahun 2012 adalah tidak sewajarnya..kerana ianya urusan dan rahsia Allah Taala..apa perlu kita wajar lakukan..sediakan sahaja amalan sebanyak mungkin.

Saya pernah membaca bahawa sebenarnya ianya adalah ramalan kosong pihak tertentu..seperti pembohongan yang dilakukan mereka pada pendaratan mereka ke bulan pada lama ketika dulu...terdapat beberapa pihak membuat kajian berkaitan gambar yang mereka ambil di bulan dan menyatakan ianya adalah pembohongan semata-mata..terdapat juga pihak yang menyatakan bahawa sebenarnya pada tahun 2012 adalah tahun pembukaan Negara Haram Isreal..pelbagai muslihat musuh islam..semoga Allah Taala.sentiasa memberikan kebenaran kepada kita..sentiasa melindungi kita dari fitnah si dajal..

sekian.terima kasih

Tiada ulasan: