Baik, ayuh bersama saya memerhatikan keadaan alam sekitar kita. Apa yang tidak berubah??
Semua berubah kan. Pokok pada mulanya tegak, esok lusa codong. Rumput hari ini pendek, esok panjang. Buah hari ini ok, esok buruk. Saya nak kita melihat langit. Kita perhatikan langit yang indah lagi permai ini. Tahu tak anda, langit ini boleh diibaratkan seperti kita iaitu manusia. Cuba kita perhatikan langit semasa pagi seawal pagi di dalam jam 6 pagi.
Keadaan lagi waktu itu cuba menelan kegelapan dan pagi tadi saya melihat langit berwarna oren. Pernah tak anda melihat langit waktu pagi? kalau tak pernah, nampak lah anda memang bangun time matahari dan tengah kepala. Kalau anda perhatikan langit di awal pagi,dia cuba hilangkan gelap,menelan gelap,datang siang. Kemudian setelah lewat lagi, dalam jam 7 pagi, dia akan cerah sehingga lah tengah hari sampai ke petang pada jam 6 petang. Di jam 6 petang, dia berubah kepada oren, kuning2 dan pendek katanya ianya berubah kepada kegelapan. Nampak tak? dianya berpusing. Roda langit namanya. Terang ke gelap, gelap ke terang.
Begitu juga kita manusia,
Cuba anda lihat bayi yang baru lahir. Comel jer rupanya. Putih berseri. Di awal usia, bayi bagaimana cara dia berjalan?merangkap kah?tak pernah lagi kita melihat ada bayi lahir2 terus pandai berlari. Anak superman pun masih dalam buaian. Bayi kalau hendak berjalan, bergerak. Kita kena bantu dia. Kena pimpin tangannya, kena bawa dia berjalan, kena suapkan makanan pada mulutnya. Dia tidak pandai ke tandas, oleh itu dicipta pampers atau lampin pakai buang. Baik, itu bayi, selepas bayi kita pun menjadi apa yang kita jadi sekarang. Membesar, berdiri, berlari, ketawa dan macam-macam lagi benda kita buat. Apabila kita tua, bagaimana keadaan kita? Pernah tak anda berfikir bahawa anda satu hari nanti akan tua? Kalau ada yang kata "Ish, saya tak pandai tua, awet muda"..cakap besar..ahah..cuba check rupa dia dengan 5 tahun lalu sama tak? Check badan dia, ada sakit-sakit tak?ada uban tak di atas kepala?rambut pandai panjang tak? kalau semua di atas anda, anda orang normal, anda pasti tua. .Mungkin sekarang anda belum ke alam warga emas, mari kita perhatikan macam mana rupa warga emas? kerana bagaimana keadaan mereka sekarang, begitulah keadaan kita nanti. Orang tua ini di atas usia 60 tahun, jalan tak berapa betul, makan kena disuapkan. Ada di antara mereka berpenyakit sehingga tidak tahu membuang najis dan kena dipakaikan pampers. Adakah sama dengan gelagat sewaktu kecil??sama kan?..itu lah dia roda kehidupan wahai pembaca sekalian. Ingatlah...hari ini kita cergas, esok atau lusa kita akan kembali balik ke fitrah kita semasa kecil. Kita akan hilang daya untuk berjalan, mengingat dan sebagainya. Jadi, pada usia masih cergas ini, di dalam usia yang mampu lakukan segala-galanya ini, rancanglah kehidupan masa tua anda nanti. lakukan ibadat sebelum anda tiba masa tua tidak mampu buat apa-apa. Ramai orang dia berniat hendak melakukan macam-macam selepas bersara. Bersara sekarang usia 60 tahun. Dalma usia itu apa yang anda boleh buat adalah makan, tidur sahaja. Nak berjalan payah dan segalanya payah. Jadi motivasikan diri anda hari ini. Anda kena lakukan segalanya yang terbaik untuk masa tua anda nanti. Ingat muda sebelum tua. renung-reungkan lah..dan fahamilah perkara tersirat dan tersurat di dalam tulisan saya ini. Saya mengingatkan anda, umpama saya mengingatkan diri saya sendiri..salam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan